top of page

12. Perhentian Terindah ~ Bagan Lalang @ Sungai Pelek

  • Writer: arnaz saliza
    arnaz saliza
  • Sep 3, 2017
  • 5 min read

Adat laksamana mencari rezeki,

Meredah lautan bersama anak dan isteri,

Dengan senyuman dari Sanubari,

Membongokkan badan mengenalkan diri..

Bertemu di tempat yang dirasai pelik,

Tempat bernama Si Sungai Pelek,

Terasa gembira hati terdetik,

Bila kenalan mengenali patik

Adat melayu tak lokek senyuman,

Orangnya sini senyumnya nyaman,

Terasa hati ingin berkawan,

Untuk aman di masa hadapan

Memperkenalkan diri kami kepada penduduk Sg. Pelek dan Bagan Lalang, kami adalah Arnaz & Saliza bersama anak gadis kami Tia Lisa.

Bagi pihak penganjur, Zurah 2 Entertainment dan Warung Mak Jah, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terperi di atas penglibatan dan sokongan yang diberi.

Tanda terima kasih ini, kami cuba gambarkan dengan terbaik mungkin di sini, kerana kami serba kekurangan dari segi kepandaian teknikal dan kewangan. Harapan agar ia dapat menjadi satu kenangan yang terindah tentang pekan Sungai Pelek dan Pantai Bagan Lalang yang bertakhta indah di hati kami.

Pertandingan Akhir Karaoke Hari Merdeka Ke - 60 Pantai Bagan Lalang.

Pertandingan dimulakan dengan peringkat bawah umur 12 tahun. Seramai lapan peserta kecil yang terlibat di dalam pertandingan ini.

Kami tidak dapat merakamkan keseluruhan nyanyian untuk peringkat bawah umur 12 tahun, akan tetapi dapat juga kami gambarkan tentang kebolehan mereka melalui klip-klip video di bawah ~

Peserta Kanak-kanak Pertama ~

Peserta Kanak-kanak Kedua ~

Peserta Kanak-kanak Ketiga ~

Peserta Kanak-kanak Keempat ~

Peserta Kanak-kanak Kelima ~

Peserta Kanak-kanak Keenam ~

Peserta Kanak-kanak Ketujuh ~

Peserta Kanak-kanak Kelapan ~

Untuk pertandingan peringakat kanak-kanak, pemenangnya ialah adik..... Peserta Ke 8!

Dan pertandingan seterusnya adalah untuk peringkat dewasa. Seramai 15 peserta telah terpilih untuk ke peringkat akhir. Saringan diadakan pada Sabtu 26 September 2017.

Berikut adalah gambar dan video klip peserta-peserta kategori dewasa:

1. Encik Zaman JB

Encik Zaman JB ini agak unik orangnya. Dia memulakan pertandingan dengan daya tenaga yang tinggi dan persembahan yang unik.

Tidak malu dan tidak segan, beliau berinteraksi dengan penonton dan juri sebaik mungkin.

Suara beliau juga tidak kurang hebat. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Sudah Sampai Sini"

2. Encik Faqih

Sekali dari selok pandangan kami, Encik Faqih adalah seorang penyanyi profesional dari pasukan pakaian seragam.

Alunan suaranya memukau dari pertama kali kami mendengarnya.

Lenggok dan kebersihan suaranya juga harus dipuji. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Cinta Tak Kenal Siapa"

3. Encik Mus

Encik Mus dilihat dan didengari oleh kami sebagai seorang yang mempunyai suara yang baik untuk lagu-lagu yang berirama.

Bersopan santun and berbudaya tinggi, sesuai dengan lagu yang dibawa oleh beliau.

Suaranya juga asli dan mantap!

Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Madu'

4. Encik Asrul

Kali pertama menonton persembahan beliau semasa peringkat saringan, kami terpukau dengan suara Asrul yang lunak dan merdu.

Dipertontonkan sekali lagi oleh beliau diperingkat akhir ini dengan persembahan yang lebih mengkagumkan.

Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Tiara"

5. Encik Wildan

Encik Wildan adalah seorang pemuda yang berbakat dan mempunyai suara yang tinggi.

Bermastautin di Batu 2 Sungai Pelek, beliau juga seorang yang pemalu sedikit tetapi masih berani untuk menonjolkan bakat beliau di hadapan orang ramai.

Kami jangkakan beliau akan jadi antara yang tebaik di tahun-tahun akan datang jika diteruskan perjuangan di arena nyanyian ini. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagu "Segala Mungkin"

6. Encik J. Lias

Persembahan yang amat mempersonakan. Encik J. Lias dengan pakaian melayu tradisional, membawa sebuah lagu melayu tradisional dengan amat baik.

Alunan suaranya yang memukau membuat siapa mendengarnya juga terpukau.

Persembahan yang berkeyakinan yang melambangkan diri beliau sebagai seorang Melayu yang tinggi jati diri. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Perigi Biru"

7. Encik Apiz

Pada malam ini Encik Apiz terpaksa menukar lagunya kerana lagu pilihan beliau (Pelesit Kota) tiada dalam himpunan lagu-lagu di sini.

Walau bagaimana pun, beliau dapat membawa lagu pilihan keduanya iaitu lagu nyanyian Jamal Abdillah dengan amat baik sekali.

Harapan agar Encik Apiz dapat membawa lagu pilihan pertamanya pada masa akan datang. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Aku Penghibur"

8. Puan Azuwa

Nyanyian oleh peserta wanita yang pertama pada malam ini, Puan Azuwa berjaya memukau penonton di sini.

Dengan kelunakan dan ketinggian suara beliau yang bertenaga, berkemungkinan di pertandingan akan datang, tiada yang dapat mengalahkan beliau jika nyanyiannya diasah dengan lebih tajam.

Pakaian dan persembahan yang amat amat menarik. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Mengapa" oleh Nicky Astria

9. Encik Mohd Safian a.k.a Yan Ringgo

Merpersonakan dengan nyanyian dan mutu persembahan yang amat amat baik. Encik Yan Ringgo adalah seorang yang berani dan berjiwa ceria di atas pentas.

Berani ! Kerana kami telah melihat pelbagai genre lagu yang dibawa beliau termasuk lagu-lagu Rock.

Gaya, mutu persembahan dan suara yang mempersonakan. Kami harap Encik Yan Ringgo akan lebih maju di bidang seni di masa akan datang. Harap janganlah dilupakan orang Sungai Pelek dan Bagan Lalang jika berjaya nanti ya!

Sila layari video klip di bawah untuk menonton persembahan mantap beliau ~

10. Encik Mokhtar a.k.a Brother Mok

Brother Mok adalah peserta tunggal yang membawa lagu Inggeris pada malam ini. Beliau agak dikenali di sini dan buat kami, beliau juga adalah seorang mentor nyanyian yang baik.

Nyanyian dan persembahan beliau pada malam ini berjaya memikat para juri dan penonton dengan penyampaian dan mutu persembahan yang baik.

Segak dan bergaya! Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Beautiful Maria"

11. Encik Zainordin

Segak bergaya, tampan dan mempunyai bakat yang baik dalam nyanyian dan persembahan.

Encik Zainordin berjaya menyampaikan persembahan yang masih memukau untuk peminat peminat beliau yang hadir pada malam ini termasuk kami.

Kami seronok melihat seisi keluarga beliau hadir memberikan sokongan mantap untuk beliau. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Kerana Budi Jasad Tertawan"

12. Wak Mail

Wak Mail tidak begitu sihat pada malam ini, tetapi digagahi juga untuk meneruskan perjuangannya supaya tidak menghampakan peminat-peminat beliau.

Walau bagaimana pun, kami agak terkejut dengan persembahan beliau yang mantap dan suara yang agak hebat!

Bagaimana agaknya jika beliau sihat. Wow! Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Zunika"

13. Encik Mirza Syahrizal

Encik Mirza pada malam ini bukan sahaja berjaya memukau para penonton, malahan juga para juri dengan persembahan dan suara beliau yang amat amat mantap.

Kami amat terhibur dengan nyanyian beliau. Di harap beliau akan teruskan nyanyian ke peringkat yang lebih tinggi lagi!

Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Kerana Budi"

14. Puan Noorfizah Bt Sahlan

Walaupun liriknya tidak difahami kami, Puan Noorfizah masih berjaya membuat kami terpegun dan asyik mendengar lagu dendangan beliau.

Lenggok suaranya dan persembahan yang baik membuat kami ingin lebih tahu tentang lagu yang disampaikan beliau.

Rata-ratanya penonton terhibur dengan beliau. Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Puteri Ledang"

15. Cik Syariena

Adik Syariena adalah peserta terakhir dan paling muda pada malam ini. Beliau amat berbakat dan mempunyai suara yang lunak, tinggi dan asli.

Pakaian beliau juga adalah yang terbaik pada malam ini. Di lihat berpadankan trench coat, berkasut tumit tinggi dan digayakan dengan senyuman menawan.

Persembahan beliau juga mempersonakan! Sila layari video klip di bawah untuk persembahan beliau dengan lagunya "Bertamu Di kalbu"

Tamat sudah pertandingan akhir pada malam Merdeka ke 60 ini! Mari kita teruskan dengan kata-kata akhir M.C dan video klip keputusan pertandingan!

Dan Juara-juara Pertandingan Karaoke Hari Kemerdekaan Ke 60 Anjuran Zurah 2 Entertainment adalah:

Penyampaian Hadiah Saguhati untuk kesemua Peserta Pertandingan Peringkat Akhir

Akhir kata dari kami ~

Tiada Kata Seindah Bahasa,

Bahasa Sehalus Si Ulat Sutera,

Seikhlas Hati Tanpa Di Paksa,

Hasil ini Dikongsi Bersama..

Tun Teja Dilamar Si Tuah,

Buat Tuanku Sultan Mansur Shah,

Kesialan Kami Janganlah Dimarah,

Silapnya hamba adalah Lumrah..

Sorong Papan Tarik Papan,

Dia Bekerja di Kilang Papan,

Hasil Kami Jadikan Santapan,

Risau Pula Menjadi Sentapan.

Sekali lagi kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan harapan kami agar Sungai Pelek dan Bagan Lalang menjadi antara tempat yang terbaik dan terindah di Malaysia, negara yang berbilang kaum, aman dan makmur.

Juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penganjur, Abang Jasni & Kak Gaya serta Bad dari Zurah 2 Entertainment, Abang Md. Noor, Abang Zul & Mak Jah dari Warung Mak Jah, Para Juri, Para Penaja dan semua yang menjayakan pertandingan ini.

~ Amin ~

 
 
 

Comments


Single post: Blog_Single_Post_Widget

+6019-368 4303

60, Jalan Tasik Angsana 3, Pantai Sepang Putra, 43950 Sungai Pelek, Selangor, Malaysia

  • facebook
  • googlePlaces

©2017 by Artsy Hut. Proudly created with Wix.com

bottom of page